Kisah 3 ekor Pontianak

Pada satu malam 3 ekor pontianak sedang bertenggek nun di atas pokok sambil

bergaduh tentang kehebatan masing-masing. Ketiga-tiga mengaku diri mereka hebat.

Untuk menentukan siapa paling hebat mereka pun cuba membuktikan kehebatan

masing-masing.

Pontianak A terbang dengan sepantas kilat. 10 saat kemudian balik semula ke
Kelihatan ada kesan-kesan darah di sekitar gigi Pontianak A.
pokok tersebut.

Pontianak A : Korang nampak rumah tu

Pontianak B : Nampak!

Pontianak C : Nampak!

Pontianak A : Satu rumah tu habis aku kerjakan.

Pontianak B pula terbang lebih pantas dari Pontianak A. 5 saat kemudian balik

semula ke pokok tersebut.Kelihatan ada darah bukan setakat pada gigi, malah pada

keseluruhan mulut pontianak tersebut.

Pontianak B : Korang nampak kampung tu

Pontianak A : Nampak!

Pontianak C : Nampak!

Pontianak B : Habis satu kampung tu aku kerjakan.

Sejurus lepas itu Pontianak C pula terbang lebih pantas dari Pontianak A dan B.

Dalam masa 2 saat je dia kembali ke pokok tersebut.Kelihatan darah

mengalir-ngalir bukan sahaja pada mulut, malah pada keseluruhan muka pontianak

tersebut.

Pontianak C : Korang nampak tembok kat hujung sana tu?

Pontianak A : Nampak!

Pontianak B : Nampak!


Pontianak C : Err...tadi aku tak nampak...       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan